Amaran Nik Aziz Jangan guna royalti Kelantan

Harakahdaily

Rizal Tahir, 01 Okt 2012
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan pemimpin kerajaan pusat supaya tidak membelanjakan tinjauan royalti kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya, apa lagi untuk memancing undi.

“Pihak pusat nak belanja sebanyak mana duit dia, saya tak soal, tetapi jangan sampai mengganggu royalti Kelantan."Rakyat Kelantan tidak akan memberi undi pada kerajaan Pusat sekiranya royalti dicabuli,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya petang semalam sebagai mengulas Belanjawan 2013 yang baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dua hari lalu.

Tuan Guru bagaimanapun mengakui belanjawan berkenaan lebih kepada ‘membeli undi’.

“Apa tujuan beli undi. Apabila dekat nak pilihanraya perbelanjaan lebih daripada biasa, jadi orang kata beli undilah.

“Kerajaan tolak (menafikan) yang mereka berbuat demikian itu hak dialah, tetapi rakyat sekarang dah semakin sedar ada perkara yang pelik berlaku sebelum pilihanraya,”ujarnya.

Tambahnya, sebelum pilihanraya tidak berlaku perkara sebegini (tawaran untuk rakyat dalam bajet), jadi mahu tidak mahu ianya bertujuan untuk beli undi.

Ketika ditanya adakah membeli undi seumpama memberi rasuah, beliau berkata ianya bukan masaalah rasuah yang ingin diperkatakan.

Tetapi tambahnya seperti meletakkan taraf rakyat dengan sesuatu yang tidak wajar sebagai cagaran untuk mendapatkan undi.

Amaran PAS Warganegara segera jangan mengundi


  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini Feb 25 2013
Pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli memberi amaran kepada golongan "warganegara segera" yang diberikan hak mengundi oleh kerajaan agar tidak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Hatta berkata, PAS kini bekerjasama dengan NGO Asalkan Bukan Umno untuk memburu golongan tersebut dan menakut-nakutnya individu terlibat, yang diberi kerakyatan untuk menyokong kerajaan BN, agar tidak mengundi.

"Kita akan pastikan mereka yang mengundi benar-benar rakyat Malaysia," katanya dalam konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Hatta juga berkata Pakatan juga akan memastikan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu berlaku di kesemua 700 kerusi DUN dan kawasan parlimen.

Katanya, Pakatan kini di pusingan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan PAS telahpun bersedia sejak dua tahun lalu.